Categories
SELANGOR

‘2I’ strategi pacu pembangunan sukan

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 16 OGOS: Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) merangka pelan pembangunan sukan melalui konsep ‘2I’ iaitu ‘Incorporate’ dan ‘Integrate’.

Pengarah Sukan MSNS, Zubir Idrus, berkata konsep tersebut mencungkil bakat baru akar umbi secara menyeluruh.

“2I adalah bertujuan memaksimumkan sumber dengan kos yang efektif ke arah Selangor Peneraju Kecemerlangan Sukan.

“Konsep ini juga sejajar dengan kemahuan Kerajaan Negeri untuk menjadikan Selangor sebagai smart state dalam bidang sukan,” katanya ketika pembentangan Meja Bulat Belanjawan 2017 di Shah Alam Convention Center, di sini pagi tadi.

Zubir berkata, sebagai pendekatan pertama MSNS mengaktifkan Majlis Sukan Daerah (MSD) secara meneyeluruh ke setiap daerah.

SUKMA“Kita mengaktifkan kemudahan sukan dan menyediakan kemudahan berteknologi tinggi seperti Pusat Latihan Gimnastik Artistik, pusat latihan bowling padang, memanah, lawan pedang, sukan tempur dan sebagainya.

“Kita juga mengenalpasti program khas dalam merangka strategi kekal tekad juara di Sukan Malaysia (Sukma) melalui program Nasional USPTN, sekolah sukan, Program Majlis Sukan sekolah-sekolah, program latihan sukan daerah bagi persediakan Sukma,”katanya.

Selain itu, MSNS juga menubuhkan pembangunan bola sepak negeri dan pusat sains sukan yang menitik beratkan elemen rawatan kecederaan dan fisioterapi kejurulatihan dan beberapa bidang lain.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.