Categories
SELANGOR

30% kuota Rumah Selangorku buat penjawat awam, pesara

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 29 OGOS : Anggota perkhidmatan awam Selangor, pesara polis dan tentera diberi 30 peratus kuota untuk memiliki rumah mampu milik, Rumah Selangorku.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata ketetapan itu diambil dengan mengambil kira faktor peningkatan kos sara hidup untuk membeli rumah kini.

“Anggota perkhidmatan awam tidak lagi mampu memiliki kediaman pada harga RM400,000 keraa faktor peningkatan kos hidup kini.

“Jadi kita tetapkan 30 kuata kepada anggota awam, serta pesara polis dan tentera juga diberi keutamaan untuk membeli Rumah Selangorku,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media Majlis Pelancaran Rumah Selangorku di Taman Putra Impiana, Puchong pada 27 Ogos lalu.

IMG_1306Dalam perkembangan itu, Mohamed Azmin berkata pihaknya dimaklumkan menerima lebih 70,000 pemohonan daripada orang awam, untuk memiliki kediaman Rumah Selangorku.

Memahami tuntutan rakyat untuk memilki kediaman sendiri, Mohamed Azmin optimis mewujudkan langkah proaktif membantu rakyat memiliki kediaman sendiri.

Ini termasuklah inisiatif menimbang sebarang proses permohonan daripada masyarakat awam, kakitangan Kerajaan Negeri dan pekerja syarikat pemaju perumahan.
EZY