Categories
SELANGOR

351 Pelajar KUIS terima manfaat program Kerajaan Negeri

OLEH NAZLI IBRAHIM

BANGI, 13 OGOS: Seramai 351 pelajar Kolej Islam Antarbangsa Selangor (KUIS) menerima manfaat program dilancarkan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan akses pendidikan berkualiti kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan berpendapatan rendah.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata seramai 61 pelajar KUIS merupakan penerima Tabung Biasiswa Selangorku daripada RM10 juga setahun yang diperuntukkan dan 290 pelajar lagi menerima manfaat program Dana Bantuan Sara Diri Anak Selangor dengan pembiayaan RM533,200.

“Bagi melahirkan kumpulan fikir dan profesional di peringkat tinggi, Kerajaan Negeri melaksanakan program ‘Brain Bank’ dengan dana berjumlah RM5 juta sebagai biasiswa bagi pengajian bidang strategik dan kritikal di peringkat Doktor Falsafah (PhD).

“Kerajaan Negeri juga memperuntukkan sebanyak RM5.07 juta kepada Tabung Pendidikan Tahfiz Al-Quran dan Qiraat KUIS sebagai tajaan kepada 352 pelajar bagi melahirkan para huffaz profesional,” kata beliau berkata demikian pada Majlis Konvokesyen KUIS Kali Ke-19 di Pusat Konvensyen KUIS di sini, hari ini.

kuis 5Jelasnya, selain meningkatkan akses pendidikan berkualiti, pelaburan itu dibuat bagi meningkatkan sumber daya manusia dan kepakaran bagi membangunkan negeri dan negara.

Ketika menyentuh kejayaan 1,006 graduan menamatkan pengajian masing-masing hari ini, Mohamed Azmin memberitahu kejayaan dicapai hanya langkah permulaan kepada kehidupan lebih mencabar.

“Harapan saya tinggi menggunung, apabila saudara saudari para graduan meninggalkan dewan ini, bawalah bersama bukan hanya segulung ijazah, tetapi juga keyakinan diri, dan iltizam untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.

“Saudara saudari adalah sebahagian daripada 15,179 alumni KUIS yang akan dan sentiasa mencurahkan khidmat bakti demi mengangkat martabat rakyat dan Selangor,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.