Categories
SELANGOR

4 kawasan di Selangor catat IPU sederhana

SHAH ALAM, 18 OGOS: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan seluruh negara termasuk Selangor mencatatkan bacaan sederhana setakat jam 11 pagi tadi.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), 27 kawasan mengalami bacaan sederhana.

Di Selangor, empat kawasan dengan bacaan sederhana adalah Banting (54), Kuala Selangor (61), Pelabuhan Klang (65) dan Shah Alam (57), manakala Petaling Jaya mencacat bacaan IPU baik (50).

Turut mencatat IPU sederhana adalah Wilayah Persekutuan membabitkan kawasan Batu Muda (53), Cheras (53) dan Putrajaya (60).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa di kawasan masing-masing.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.