Categories
SELANGOR

5,500 mahasiswa asnaf terima bantuan wang saku LZS

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 10 OGOS: Seramai 5,500 mahasiswa asnaf fakir dan miskin di menerima bantuan wang saku bagi sesi Julai hingga Disember 2015.

Menurut laman rasmi Lembaga Zakat Selangor (LZS), bantuan wang saku itu diberi kepada anak asnaf yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) terpilih.

“Bantuan disalurkan sberperingkat kepada 5,500 mahasiswa setelah proses semakan keputusan peperiksaan mereka dilakukan.

“Bantuan juga dimasukkan ke akaun sejak 15 Julai lalu dan dijangka selesai pada 31 Ogos ini,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, setiap mahasiswa menerima bantuan wang saku maksimum RM1,500 setiap semester bergantung kepada keputusan peperiksaan dan tempoh tamat pengajian.

LZS“Walaubagaimanapun, bagi mahasiswa yang menerima sebarang pinjaman dan tajaan lain, tidak layak untuk menerima bantuan ini.

“Kerana bantuan ini merupakan salah satu bantuan zakat yang disalurkan bagi menyantuni pendidikan anak asnaf fakir dan miskin,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.