Categories
SELANGOR

65 peserta AGROGEMS terima bantuan hampir RM1 juta

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 28 OGOS: Hampir RM1 juta diterima 65 peserta Program Agro Generasi Muda Selangor (AGROGEMS) sehingga kini.

Exco Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani
, Zaidy Abdul Talib, berkata bantuan berjumlah RM942,132 itu diberikan dalam bentuk peralatan pertanian.

“Golongan ini adalah mereka yang sudah memulakan projek pertanian seperti tanaman cili, sayuran dan buah-buahan, ternakan lembu dan kambing serta penternakan ikan (akuakultur),” katanya.

Beliau berucap demikian ketika perasmian penutup Kursus Teknologi Tanaman Fertigasi di Carlton Holiday Hotel & Suites di sini, pada 26 Ogos lalu.

Zaidy berkata, pelbagai kursus dan latihan boleh disertai sesiapa yang berminat menceburi sektor pertanian.

“Terutama bagi generasi muda yang belum memulakan projek pertanian tetapi berminat dan berpengalaman.

“Terdapat kursus dan latihan tanaman berkonsepkan fertigasi, penternakan kambing dan ikan,” katanya.

EZY