Categories
SELANGOR

6,769 kes denggi dilapor di MPSJ

OLEH LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 24 OGOS: Sebanyak 6,769 kes demam denggi dilaporkan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) setakat minggu epid ke-33.

Yang DiPertua, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata jumlah itu mencatatkan penurunan jika dibandingkan dengan 7,660 kes dilaporkan dalam tempoh sama tahun lalu.

“Bilangan kes demam denggi ketika ini menunjukkan penurunan iaitu 153 kes pada minggu epid 33, berbanding 199 kes pada 2015.

“Lokaliti hotspot demam denggi pada minggu epid 33 pula adalah berjumlah 18,” katanya.

Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Bulanan MPSJ yang turut disertai ahli majlis dan ketua jabatan.

Bilangan hotspot tertinggi dicatatkan di Seri Serdang dengan sembilan diikuti Seri Kembangan (7), Subang Jaya (2) manakala tiada hotspot dikesan di Kinrara.

Nor Hisham berkata, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling (PKD) merancang meneruskan operasi bersepadu bermula minggu hadapan.

“Selain pihak berkuasa tempatan (PBT), ia turut melibatkan agensi luar seperti Polis, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Pejabat Tanah dan Daerah Petaling,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.