Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

83% graduan KUIS dapat kerja sebelum konvo

OLEH NAZLI IBRAHIM

BANGI, 14 OGOS: Dapatan dikeluarkan ‘Tracer Study’ Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia pada 2015 mendapati 82.9 peratus graduan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) berjaya memperolehi pekerjaan sebelum menerima ijazah dan diploma pada majlis konvokesyen.

Rektor KUIS, Profesor Datuk Dr Ab Halim Tamuri, berkata dapatan itu membuktikan KUIS merupakan institusi pengajian tinggi berdaya saing dan mampu melahirkan modal insan berkualiti bagi menampung pasaran pekerjaan.

“KUIS menawarkan 72 program pengajian yang menerima akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di peringkat pengajian asasi sebanyak lima program, peringkat diploma 20 program, Ijazah Sarjana Muda 22 program, Ijazah Sarjana atau master 21 program dan Doktor Falsafah empat program.

“Dengan penawaran ini dapat mengukuhkan KUIS menuju universiti berkualiti dan melahirkan graduan berdaya saing memenuhi tanggungjawab ummah,” kata Dr Ab Halim pada Majlis Konvokesyen KUIS Kali ke-19 di Dewan Konvensyen KUIS di sini, semalam.

Katanya, Alumni KUIS yang merupakan duta KUIS kepada masyarakat dapat memberikan sokongan jitu kepadan sebagai penyumbang tetap Dana Wakaf KUIS dan pembayar zakat yang dapat membantu menuju universiti wakaf.

rektor kuis (1)Katanya lagi, KUIS juga bersedia menampung permintaan semakin meningkat dan mensasarkan seramai 15,000 pelajar mengikuti pengajia ditawarkan.

“Pada tahun ini KUIS sekali lagi dipilih sebagai venue program Pencetus Ummah musim ke-4 yang sangat memberikan impak positif kepada promosi KUIS dengan tagline ‘di sini lahirnya daei, ulama dan umara’ akan berjaya mensasarkan 15,000 pelajar pada 2020,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.