Categories
SELANGOR

AGROGEMS galak generasi muda ceburi bidang pertanian

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 3 OGOS : Kerajaan Negeri mengalakkan pembabitan generasi muda menceburi bidang pertanian khususnya di kawasan bandar menerusi insiatif keberkesanan program AGROGEMS.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abbdul Talib, program tersebut membuka peluang kepada generasi muda untuk memulakan projek pertanian.

“Program ini bertujuan untuk mengenalpasti generasi muda yang memulakan projek pertanian seterusnya dibantu dari segi bantuan peralatan atau kursus latihan.

“Tujuannya untuk meningkatkan lagi produktiviti dan kualiti produk pertanian yang diusahakan golongan ini.

“Manakala bagi yang belum memulakan projek pertanian, tetapi berminat mereka juga diberikan pendedahan menerusi program seminar dan kursus bersesuaian,” katanya.

AGROGEMS adalah singkatan kepada Program Agro Generasi Muda yang dilaksanakan sejak tahun lalu menerusi peruntukan sebanyak RM500,000 sebagai suntikan awal menjayakannya.

Dalam pada itu katanya, Kerajaan Negeri juga mewujudkan Program Ladang #SmartSelangor kepada masyarakat untuk mendapatkan kefahaman dalam konteks pertanian negeri.

“Program ini diwujudkan kepada semua golongan termasuk generasi muda yang berpengalaman, berpengetahuan dan beminat untuk menceburi bidang pertanian tetapi tiada tanah untuk dimajukan.

“Kerajaan Negeri menetapkan sekurang-kurangnya 30% daripada keluasan kawasan pertanian dibuka kepada golongan generasi muda melalui program AGROGEMS,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.