Categories
SELANGOR

Amirudin berehat selaku Pengurus Selangor hingga tamat musim

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 4 OGOS: Pengurus Selangor, Amirudin Shari mengesahkan untuk ‘berehat’ daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak sehingga tamat musim ini.

Dalam satu kenyataan beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi memberikan tumpuan terhadap kerja politik selain persediaan mengerjakan ibadah haji tahun ini.

Katanya, aksi Liga Super Selangor menentang T-Team semalam adalah perlawanan terakhir selaku Pengurus The Red Giants sebelum berehat hingga penghujung Oktober 2016.

“Ini adalah kerana komitmen saya selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Batu Caves serta mengambil peluang menumpukan pada Ibadah Haji yang akan saya kerjakan tahun ini.

“Saudara Hisham Ghouth, Penolong Pengurus akan mengambil alih sementara ketiadaan saya ini dan saya yakin beliau mampu menjalankan tugas dengan baik,” katanya.

yb amir markshort 5-webBagaimanapun, beliau turut mendoakan pemain Selangor mampu membuktikan sesuatu kepada penyokong setia Merah Kuning dalam baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia.

“InsyaAllah akan ada perubahan positif dan rombakan kepada pasukan serta pengurusan FAS bagi memantapkan lagi sukan bolasepak dan pasukan Merah Kuning yang kita semua cintai.

“Doa dan sokongan semua adalah amat diharapkan,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.