Categories
SELANGOR

Bas Smart Selangor: MBSA dan MPSJ terima dua laluan baru

OLEH LIZAWATI MADFA

SABAK BERNAM, 12 OGOS: Dua laluan baru bas Smart Selangor masing-masing di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dijangka mula beroperasi pada September ini.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan,

, berkata kos ditanggung secara bersama antara Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan menggunakan formula 1:1.

Katanya, sejumlah RM1.2 juta diperuntuk Kerajaan Negeri bagi menampung kos satu laluan baru sementara satu lagi ditanggung PBT.

“Laluan bagi setiap PBT berkenaan akan menjadi tiga, berbanding hanya satu laluan sebelum ini.

“Kerajaan Negeri menampung dua laluan, manakala PBT menanggung kos bagi satu laluan,” katanya dalam sidang media.

bas selangorku (1)Terdahulu, beliau ditemani Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim dan Setiausaha Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Awaluddin Zakaria meninjau perkhidmatan bas Smart Selangor, di sini.

Sejak dilancarkan pada Julai 2015, perkhidmatan percuma di seluruh Selangor mencatatkan seramai 2.3 juta penumpang.

Chang Khim berkata, laluan baru di MBSA melibatkan laluan daripada Pusat Bandar ke Stadium Shah Alam yang berhampiran pusat beli belah.

“Ia bersambung pula kepada Stesen Komuter Batu Tiga dan kawasan perumahan di Seksyen 19.

“Di MPSJ pula, satu laluan diperkenal di kawasan baru sementara satu lagi kawasan lama yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.