Categories
NASIONAL

Bebaskan segera tiga aktivis mahasiswa

SHAH ALAM 21 OGOS: Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengecam tindakan penahanan dan reman dikenakan kepada tiga aktivis mahasiswa; Muhammad Luqman Nul Hakim Zul Razali, Luqman Hakim dan Ashraff Nazrin di Universiti Teknologi Mara Sri Iskandar.

Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin, berkata tindakan itu tidak berperikemanusiaan dan melanggar prinsip hak asasi manusia untuk bersuara dan berhimpun dan kebebasan untuk bergerak.

Katanya AMK percaya polis tidak perlu keterlaluan dalam mengenakan tindakan ke atas aktivis mahasiswa ini memandangkan mereka hanya menjalankan aktiviti kempen secara aman.

“AMK mendesak polis untuk segera membebaskan ketiga-tiga aktivis mahasiswa ini,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata polis digesa untuk menghentikan sebarang teknanan atau ancaman kepada gerakan #TangkapMO1 yang bakal berhimpun pada 27 Ogos ini kerana hak berhimpun secara aman termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.