Categories
SELANGOR

Berniaga sambil beramal

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 9 OGOS: Restoran Ayam Baek Nasi Putih menawarkan harga berpatutan serta memiliki matlamat sendiri untuk melaksanakan usaha amal dalam keberkatan berniaga.

Pengasasnya, Iskandar Ismail, berkata restoran itu diinspirasikan daripada restoran Albaik Chicken ketika menunaikan umrah, baru-baru ini.

“Kita bukan hanya mengejar kepada keuntungan tetapi juga sebagai satu ibadah bersedekah dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

“Setiap bulan kita akan menjemput anak-anak yatim dari rumah kebajikan untuk menjamu selera di sini,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran Ayam Baek Nasi Putih di SACC Mall, di sini, semalam.

Turut Hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate (PREC), Fakru Radzi Ab Ghani; Pengurus Besar Toursim Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din dan Duta Ayam Baek, Raja Farah Raja Aziz.

Beliau berkata, pihaknya turut memberi peluang kepada individu juga syarikat yang ingin membuat amal kebajikan kepada golongan asnaf dan anak yatim dengan harga berpatutan.

DSC_6965 KecilSementara itu, Khairil Ismail yang juga pengasas restoran terbabit, berkata terdapat empat jenis set hidangan ayam goreng baek iaitu Ayam Baek berempah, Ayam Baek Thai BBQ, Ayam Baek Percik dan Ayam Baek Butter Cheese dengan harga serendah RM10 untuk set makanan tengah hari.

“Selain itu, kami turut menghidangkan beberapa menu sampingan lain seperti nasi lemak.

“Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, kita menawarkan harga mampu beli supaya dapat meringakan beban terutama bagi berpendapatan rendah” katanya.

Katanya, restoran itu turut mempunyai beberapa perancangan untuk penambahbaikan perniagaan dengan menawarkan khidmat ‘delivery’ yang akan dilancarkan pada 9 September ini dan ‘live cook catering’ pada 10 September.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.