Categories
SELANGOR

BN perlu khuatir impak negatif 1MDB berbanding Brexit

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 1 OGOS: Exco Pelaburan, Perindustrian Industri Kecil dan Sederhana, Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim membidas Barisan Nasional (BN) Selangor supaya lebih khuatir isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berbanding kesan Brexit terhadap Selangor.

Beliau berkata lebih penting untuk menyelesaikan masalah 1MDB kerana bakal menyebabkan pelabur ‘angkat kaki’ berhubung isu kontroversi itu.

“Impak negatif kesan daripada Brexit masih belum nampak. Tetapi impak 1MDB memang nampak. Minta jawapan saya beri jawapan.

“Isu yang mengegarkan sekarang adalah isu 1MDB yang akan mengoyahkan keyakinan pelabur di Malaysia, bukan isu Brexit.

CP2A8489-800x595“Petang ini ada taklimat tertutup mengenai isu 1MDB, jadi minta YB tolong bangkitkan masalah ini dan minta pimpinan selesaikan masalah 1MDB ini,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahalan (BN-Batang Kali), di Sidang Dewan Negeri, di sini.

Nadzari sebelum ini bertanyakan langkah mengatasi kesan Brexit dan mengekalkan pelabur di Selangor serta impak terhadap ekonomi negeri.

Chang Khim (DAP- Sungai Pinang) menjelaskan Kerajaan Negeri menerima impak minimum daripada Brexit ekoran statistik pelaburan projek perindustrian yang memberangsangkan sejak 1987.

Katanya, sejak 1987 hingga Mac 2016, pelabur utama di negeri itu adalah Jepun (RM 24.235 bilion), Amerika Syarikat (RM 14.676 bilion), Singapura (RM 10.666 bilion), Jerman (RM 5.695 bilion), Taiwan (RM 4.207 bilion), Korea (RM 3.735 bilion) dan United Kingdom (RM 2.356 bilion).

“Secara dasarnya Brexit tidak membawa impak negatif yang besar ke atas pertumbuhan ekonomi negeri kerana impak Brexit lebih tertumpu kepada UK dan negara Eropah.

“Aktiviti perdagangan Malaysia lebih tertumpu kepada kepelbagaian eksport ke negara China, India dan Timur Tengah. Jadi, impak negatif Brexit kepada ekonomi Malaysia dan Selangor adalah minimum,” katanya.

Beliau berkata, walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri mengkaji sama ada Brexit membawa impak positif kepada Kerajaan Negeri kerana United Kingdom mencari peluang pelaburan di luar Eropah selepas Brexit.

Katanya, Kerajaan Negeri turut mengambil beberapa langkah bagi mengekalkan tahap ekonomi dan mengekalkan sektor perindustrian serta perkhidmatan sebagai penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar.

“Antara langkah ialah menyediakan pelan perancangan strategik bagi sektor perindustrian, perkukuhkan peranan agensi Invest Selangor, memperkasakan Unit Pelaburan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan dan menggalakkan pembukaan kawasan perindustrian baru berkonsepkan ‘Managed Industrial Park dengan Konsep Gated and Guarded’.

“Selain itu, inisiatif e-commerce turut dilebarkan dan Invest Selangor Talent initiative antara institusi pendidikan bagi membantu pelabur mendapatkan sumber tenaga kerja mengikut kemahiran serta Invest Selangor Advisory Network iaitu menjalinkan kerjasama dengan penyelia perkhidmatan profesional bagi memberikan perkhidmatan kepada pelabur memerlukan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.