Categories
SELANGOR

Cubaan 7 kali baharui pasport gagal, Exco mohon Menteri bangun ‘tidur’

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 4 OGOS : Pengurusan Jabatan Imigresen Malaysia gagal menyediakan kemudahan terbaik kepada orang awam susulan rungutan banyak pihak yang gagal memperbaharui pasport ke luar negara.

Perkara tersebut turut dialami Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad apabila cubaan kali ketujuh memperbaharui passport untuk menunaikan Haji di Mekah, gagal.

“Cubaan ketujuh untuk renew (memperbaharui) pasport juga gagal. Petang ini (semalam) di Kuala Selangor, mereka maklum nombor sudah habis.

“Mereka hanya dibekalkan dengan 100 pasport sehari. Kenapa 100 sahaja? Tolong kejutkan Menteri dari tidur,” sindirnya di Facebook.

Sebelum ini, beliau pernah cuba memperbaharui pasport miliknya di Puduraya, Keramat untuk kali ketiga, di Sentul dan Shah Alam, namun masih gagal.

Beliau berkata, walaupun tiba di kaunter pendaftaran lebih awal, pihak jabatan imigresen mengehadkan jumlah nombor giliran dan menyebabkan ramai pengunjung gagal memperbahurui masing-masing.

ISKANDAR SAMAD“Mungkin di Malaysia lebih senang cari pembunuh upahan dari renew pasport,” kesalnya.

Mengakui perkara sama, Khairul Anwar Hassan Rahmad menulis di Facebook turut mempersoalkan kecekapan pengurusan Jabatan Imigresen seluruh negara.

“Agak sangsi di kawasan Lembah Klang seperti berjuta yang mahu perbaharui. Akhir sekali perlu tunggu pukul 5 (pagi) dekat Putrajaya dan dapat nombor giliran 80.

“Itu pun pelanggan perlu berebut naik lif,” katanya.

Sementara, Syed Hamal berkata, kegagalan ini membuktikan kelemahan produktiviti menyediakan kemudahan terbaik kepada rakyat.

“Inilah kerajaan Malaysia, tifak fikirkan (langkah produktif) dan tidak mahu berlebih kurang langsung,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.