Categories
SELANGOR

Delegasi China, ‘intai’ peluang perkembangan pertanian Selangor Fruit Valley

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM 13 OGOS : Perkembangan industri pertanian di Selangor Fruit Valley membuka peluang kepada pulangan ekonomi lebih kukuh dan mampan.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, Zaidy Abdul Talib, berkata Kerajaan Negeri terbuka terhadap sebarang peluang jalinan kerjasama dalam bidang pertanian antara Selangor dan negara luar.

Ini termasuklah rangka kerja delegasi China yang diberi peluang untuk meneruskan kerjasama tersebut bagi memberikan manfaat jangka panjang kepada ekonomi negeri.

“Kunjungan rasmi delegasi International Oversea Retrunees Promotion Association of Lianing China yang diberi peluang melihat sendiri perkembangan sektor pertanian negeri.

“Tumpuannya terarah kepada perkembangan industri pertanian di Selangor Fruit Valley (SFV) di bawah urus selia Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS),” katanya.

Sebelum ini, PKPS giat mefokuskan usaha untuk mengembalikan kegemilangan SFV menerusi inisiatif penambahbaikan dan pemuliharaan ladang tersebut bagi tujuan pembangunan industri agro-pelancongan negeri.

Komited ke arah itu, SFV dijangka akan dibuka semula menjelang November ini selepas operasinya di tutup beberapa tahun lalu.

Ladang buah-buahan berkeluasan 2,000 ekar terletak di Rawang itu pernah dikenali antara dusun buah-buhan terbesar di Malaysia.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.