Categories
NASIONAL

Demo MO1, suara anak muda tuntut perubahan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KUALA LUMPUR, 27 OGOS : Pendedahan Department of Justice Amerika Syarikat DOJ berhubung identiti pelaku rasuah seorang individu dinamakan Malaysian Official 1 (MO1) membuka ruang seluruh rakyat untuk menuntut polis menjalankan siasatan dan menahan individu terbabit.

Gesaan tersebut dibuat menerusi penganjuran demostrasi aman Tangkap Malaysian Official One anjuran Kumpulan Mahasiswa dan aktivis seluruh negara.

Demostrasi diketuai Mahasiswa Universiti Malaya, Anis Syafiqah yang diadakan di Dataran Kuala Lumpur hari ini.

Ketika berita itu ditulis, beberapa pimpinan utama mahasiswa sedang berucap di perkarangan Sogo sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Antaranya, Safwan Anang yang menyifatkan penganjuran demostrasi berkenaan diyakini mampu menjadi signal perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik menerusi suara mahasiswa.

IMG_1778“Anak muda membawa suara perubahan demi Malaysia yang kita cintai ini,” ucapnya sambil mendapat tepukan peserta.

Dalam perkembangan itu, kira-kira 300 mahasiswa, aktivis dan pimpinan tertinggi parti politik hadir berkumpul di sini.

Sementara itu, sebuah lagi kumpulan demostrasi mahasiswa kini berkumpul di Masjid Negara untuk berarak ke Dataran Merdeka.

EZY