Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

FAS tamatkan kontrak Zainal Abidin

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 7 OGOS: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menamatkan kontrak Zainal Abidin Hassan sebagai Ketua Jurulatih Selangor,berkuatkuasa serta merta.

Pengurus pasukan, Amirudin Shari dalan kenyataan media hari ini menjelaskan keputusan itu diambil ekoran prestasi hambar Selangor sejak kebelakangan ini.

Katanya, ia juga atas arahan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga Presiden FAS.

“Tugas Ketua jurulatih dipertanggungjawabkan kepada K Gunalan, iaitu Penolong Ketua jurulatih sehingga satu tempoh apabila FAS dan pengurusan pasukan mengenal pasti calon sesuai bagi mengemudi pasukan menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia.

“Pada masa sama, rombakan menyeluruh ke atas pengurusan FAS diumumkan pada hari esok,” katanya.

RED-GIANTS-660x471Penamatan kontrak Zainal itu berlaku kurang 24 jam selepas Mohamed Azmin mengarahkan Amirudin dan Penolong Pengurus, Hisham Ghouth, melakukan rombakan ke atas pengurusan FAS dan pasukan Selangor.

Ia juga susulan kekalahan berterusan The Red Giants dengan terbaru kepada Kedah (0 – 1), malam tadi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.