Categories
SELANGOR

Festival Petaling Jaya catat ‘Wefei’ teramai dalam ‘Malaysia Book Of Records’

OLEH NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 28 OGOS: Festival Petaling Jaya 2016 anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dicatat sebagai Wefie Teramai dalam ‘Malaysia Book Of Records’.

Rekod pertama seumpamanya di negara ini menyaksikan Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain mengambil gambar Wefie bersama 1,502 pengunjung festival itu yang terdiri daripada pelajar sekolah, kakitangan MBPJ dan orang awam.

Sijil pencapaian itu diserahkan wakil Malaysia Book Of Records, Yap Sow Fun kepada Mohd Azizi pada festival terbabit.

Dianggarkan lebih 10,000 pengunjung hadir memeriahkan festival yang berlangsung sepanjang tiga hari.

Mohd Azizi berkata festival terbabit merupakan salah satu aktiviti di bawah bidang ‘sustainable lifestyle’ yang memberi keutamaan kepada gaya hidup sihat.

“Ia juga menyokong sambutan ulang tahun ke-10 bandaraya Petaling Jaya dan pengisytiharan Petaling Jaya sebagai kota seni.

IMG_20160827_232453_401“Tema ‘The Colours of PJ’ dipilih kerana ia bersifat unik, universal, inklusif dan malar segar boleh disesuaikan dengan apa juga dasar, polisi, bentuk program dan aktiviti oleh MBPJ,” katanya di festival itu.

Azizi berkata pengisian acara sepanjang festival memberi peluang kepada setiap lapisan masyarakat yang terdiri daripada golongan kanak-kanak, beliau wanita dan warga emas.

Antara aktiviti yang disediakan ialah kuliah Dhuha bersama Ustaz Azhar Idrus, mini konsert dari Kota Bandung, fleamarket, kidsmania, pertunjukan kereta klasik, motorsikal retro, busking dan PJ Fun Ride.

Turut disediakan pesta makanan antarabangsa dari pelbagai negara antaranya Sudan, Bangladesh dan Indonesia serta Turkmenistan.

Sebanyak 126 gerai jualan, 12 food truck dan lebih 10 gerai pameran disediakan.

Festival itu dimeriahkan lagi dengan kemunculan Ajak Shiro, Amy Search, Zamani Slam, Altimet, Amir Jahari, Ito blues gang, Mr 5k, De Fam dan Adline Tsen.

EZY