Categories
SELANGOR

Garang Racing ‘garang’ di litar, tingkat pelancongan sukan

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 13 OGOS: Pasukan lumba kereta, Garang Racing, membuktikan kehebatan dengan menjuarai perlumbaan Kelas C Asia Classic Challenge di Litar Lumba Antarabangsa Sepang, 7 Ogos Lalu.

Menampilkan pelumba wanita, Nurul Husna Nasharuddin, pasukan itu mengenepikan cabaran pasukan lain lalu menguasai perlumbaan dan mengakhirinya dengan kedudukan pertama di podium.

“Ia kejayaan membanggakan pasukan tambahan kita menurunkan pelumba wanita.

“Nurul Husna membuktikan kecemerlangan dengan mengalahkan pelumba lelaki lain dalam perlumbaan itu,” kata Pengurus Pasukan, Zulkiflee Hassan kepada SelangorKini.

Perlumbaan Asia Classic Challenge menyenaraikan 20 pasukan dan Garang Racing menggunakan jentera Honda Civic EF menyerlah apabila mampu mengatasi cabaran pasukan seperti Porsche dan BMW.

DSC_0022Pada tahun lalu, Garang Racing menyertai perlumbaan Honda Inegra DC5 Formula One Support Race dengan pelumbanya, Tony Teo menduduki tempat kelapan.

Tourism Selangor selaku salah satu penaja Garang Racing, berharap pembabitan dalam penajaan mampu melonjakkan sektor pelancongan melalui sukan perlumbaan di Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published.