Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

GFCS sambut baik langkah rombak FAS

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 9 OGOS: Gabungan Fan Club Selangor (GFCS) menyambut baik tindakan drastik Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali merombak pengurusan FAS.

Jurucakap GFCS, Mohd Faizal Wahid, berkata malah Mohamed Azmin turut mendengar luahan penyokong dengan menamatkan kontrak jurulatih pasukan Selangor, Zainal Abidin Hassan.

“Meskipun ada yang menyatakan tindakan ini agak lewat, GFCS memandang ianya sebagai pelan masa depan, dan bukannya satu pelan kejayaan segera.

“Rombakan pengurusan FAS ini dilihat sebagai membuka peluang serta jalan kepada penswastaan pasukan Selangor dan juga penstukturan pengurusan lebih berdaya saing,” kata Mohd Faizal dalam kenyataan medianya di sini, hari ini.

Jelasnya, FAS sebelum ini ternyata tidak melaksanakan pembaharuan malah mempunyai rekod buruk hubungan dengan penyokong.

RED-GIANTS-604x270GFCS juga meminta pemain Selangor bersikap profesional, serta bermain dengan penuh maruah bagi menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia.

Menyedari peluang merangkul kejuaraan agak tipis, GFCS menyeru pemain supaya tidak terlalu memikirkan kejayaan sebaliknya bermain demi lencana merah kuning di dada.

Ketika mengulas khabar angin yang mendakwa sebahagian kecil pemain Selangor tidak berpuas hati dengan pemecatan Zainal Abidin Hassan, GFCS menganggap ianya cuma usaha untuk menjejaskan moral pasukan.

Mohd Faizal turut menyarankan supaya pemain yang tidak lagi berminat bermain bersama pasukan Selangor supaya berundur.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.