Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Gunalan akui serangan tumpul tapi puas hati seri

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 17 OGOS: Ketumpulan jentera serangan pasukan Selangor malam tadi merencatkan rentak kemenangan sejak dua perlawanan yang diharungi pasukan itu.

Bagaimanapun Penolong Ketua Jurulatih pasukan Selangor, K Gunalan tetap berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 yang diperolehi pasukannya ketika melayani pasukan Terengganu di Stadium Shah Alam malam tadi.

“Pada awal separuh masa kedua memang kami agak bergelut tetapi selepas jaringan penyamaan dibuat kita dapat lihat kebangkitan pemain kita terutamanya selepas minit ke-80,” kata Gunalan pada sidang media selepas berakhirnya perlawanan antara Selangor dan Terengganu di Stadium Shah Alam di sini, malam tadi.

Jelasnya, beberapa percubaan dihasilkan pasukan Selangor pada malam tadi sepatutnya menghasilkan gol.

Ketika mengulas kedudukan pasukan Selangor dalam Liga Super Malaysia, Gunalan berkata beliau mensasarkan pasukannya itu mampu merampas kembali kedudukan ketiga dari Kedah.

IMG_20160816_220341-1024x727Sementara itu, Pembantu Jurulatih Terengganu, Che Ku Marzuki Mohd Nor berkata pasukannya berjaya mencuri satu mata di Stadium Shah Alam seperti sasarannya sebelum perlawanan.

“Kami berjaya membawa pulang satu mata seperti yang kami sasarkan walaupun kami lebih bayak menguasai perlawanan tadi,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.