Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Hadiah ‘merdeka’ untuk penduduk Kuala Selangor

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA SELANGOR, 19 OGOS: Tiada apa selain perasaan gembira dan syukur mewarnai kehidupan penduduk Kampung Sungai Yu, di sini setelah sekian lama menanti surat kelulusan dan notis 5A.

Malah, sebahagian daripada 175 penerima menganggap ia hadiah ‘merdeka’ bersesuaian dengan sambutan bulan kemerdekaan, pada 31 Ogos ini.

R Chandran, 46, berkata penyerahan notis daripada Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali amat bermakna dalam hidup beliau kerana detik manis itu memang dinantikan.

“Permohonan untuk mendapatkan hak milik ini sudah lama dibuat, namun hampa apabila ia sering berakhir dengan kegagalan.

“Tetapi hari ini saya gembira kerana hasrat memilikinya terlaksana juga dan lebih bermakna ia berlaku ketika kita menyambut bulan kemerdekaan,” katanya kepada SelangorKini.

JpegSementara itu, Zaaba Husin, 47, berkata masalah pemilikan tanah berlarutan sejak sekian lama dan permohonan dibuat berulang kali membabitkan sebahagian penduduk di situ.

“Kita memohon kembali selepas pilihan raya umum (PRU) lalu dan bersyukur ia berakhir. Penempatan juga memberikan ruang kepada penduduk iaitu kaum Melayu, India dan Cina,” katanya.

Bagi Lee Boon Huat, 51, usaha keluarganya untuk memperoleh pemilikan tanah itu kini berhasil.

“Sudah lama tunggu kerana perkara ini bukan baru. Bagi saya, tindakan Kerajaan Negeri memberikan hak milik ini bagus kerana ia memang hak penduduk,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.