Categories
SELANGOR

Hak tanah adat milik Orang Asal, tiada rayuan semula kes Sagong Tasi – MB

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 7 OGOS : Kerajaan Negeri mengambil pendirian untuk tidak membuat proses permohonan rayuan di Mahkamah berhubung kes pendudukan tanah Orang Asal, Sagong Tasi.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata keputusan itu diambil bagi memastikan hak dan kebajikan masyarakat itu terbela, selaras prinsip ketelusan diamalkan pentadbiran Pakatan.

“Atas nasihat Exco Pelancongan, Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk tidak merayu atas keputusan dibuat mahkamah.

“Pendirian itu diambil untuk memberi hak kepada masyarakat Orang Asal menguruskan tanah mereka,” katanya.

Mohamed Azmin berucap pada Beliau pada Program Sambutan Perayaan Orang Asal Sedunia 2016, di Taman Botani Negara, semalam.

botani art 3Dalam kes, suku Temuan Orang Asal menerima pampasan RM6.5 juta daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri membabitkan kes pemilikan tanah adat di Bukit Tampoi, Dengkil.

Sebelumnya, sebanyak 38 ekar tanah adat milik suku kaum itu diambil Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan projek lebuh raya ke KLIA tanpa sebarang pampasan, sejak 15 tahun lalu.

Penyelesaian diambil pada 2009, apabila Kerajaan Negeri dipimpin Pakatanm enarik diri daripada mencabar kes Sagong.

Mengambil iktibar daripada kes itu, Mohamed Azmin berkata Kerajaan Negeri konsisten mengangkat isu hak dan kebajikan masyarakat Orang Asal.

Komitmen tersebut katanya dizahirkan menerusi pelbagai insentif jangka panjang dengan menawarkan bantuan pendidikan kepada anak Orang Asal meneruskan pengajian di Universiti.

“Saya menyeru Orang Asal terlibat secara langsung untuk mengambil peluang supaya anak ini mendapat peluang pendidikan terbaik di Universiti dengan pembiayaan ditanggung Kerajaan Negeri,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.