Categories
NASIONAL

Indonesia beri amaran krisis jerebu bakal berulang

SHAH ALAM 16 OGOS: Negara-negara jiran Indonesia bakal berdepan masalah jerebu seperti dihadapi sebelum ini jika semua pihak berkaitan tidak melaksanakan langkah memadamkan kebakaran tanah melibatkan beberapa kawasan di wilayah Riau dengan segera.

Ketua Badan Meteorologi, Kilmatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, Sugarin, berkata pada masa ini, angin cenderung bertiup ke arah tenggara.

“Jika asap jerebu berlaku, kemungkinan besar ia akan dibawa oleh angin ke negara-negara jiran kita,” katanya dipetik agensi berita The Jakarta Post.

Sementara itu, jarak penglihatan di sekitar ibu negara dan Shah Alam juga kelihatan agak kabur dan berasap.

Laman web Jabatan Alam Sekitar menunjukkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara jam 2 petang ini pada paras sederhana iaitu kurang daripada 100 di beberapa kawasan.

Indeks Jerebu

Antaranya Kuala Selangor mencatatkan IPU (57), Petaling Jaya (79), Pelabuhan Klang (68), Shah Alam (67), Banting (70)

Bacaan IPU antara 0-50 dikategorikan sebagai baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat); 201-300 (sangat tidak sihat) dan 301-400 sebagai berbahaya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.