Categories
SELANGOR

INPENS laksana amalan 5S, tingkat produktiviti & prestasi

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 16 OGOS: Dalam usaha memastikan sistem operasi pentadbiran dan pembelajaran berjalan lancar dan mencapai tahap terbaik, INPENS International College melancarkan amalan (5S) pada 12 Ogos lalu.

Pengurus Komunikasi Korporat INPENS, Jefri Mejan, berkata INPENS menyasarkan persijilan 5S pada 2017 dan mempunyai 12 zon diberikan nama mengikut batu-batan seperti kristal, berlian, zamrud dan lain-lain.

“INPENS boleh berkembang dengan lebih maju jika 5S dapat segera diamalkan kerana suasana kerja lebih tenang dan tekanan di tempat kerja boleh dikurangkan.

“Penjimatan tenaga, masa dan kewangan juga dapat dilaksanakan melalui amalan 5S,” katanya dalam kenyataan.

Majlis disempurnakan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) merangkap ahli lembaga pengarah INPENS, Noraini Roslan bersama pegawai dan wakil daripada Menteri Besar Incorporated (Pemerbadanan) (MBI).

Noraini menegaskan amalan 5S yang berterusan menjadikan organisasi dapat beroperasi dengan lebih efektif.

“Budaya ini bukan sahaja dapat meningkatkan produktiviti organisasi malah dapat membentuk disiplin kakitangan.

“Diharap warga INPENS terus istiqamah mengamalkan 5S yang lama menjadi budaya syarikat Jepun seperti Toyota dan Honda,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.