Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Ireland, Singapura lebih Islamik dari Malaysia

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUBANG JAYA, 15 OGOS: Kajian ahli akademik dari Universiti George Washington, Profesor Hossein Askari menunjukkan negara bukan Islam seperti Ireland, Denmark, Sweden, United Kingdom dan Singapura lebih Islamik berbanding Malaysia.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, berkata kajian dilakukan bersama Dr Scheherazde S Rehman itu mengambil kira kesempurnaan dalam Islam terhadap pencapaian ekonomi masyarakat, pentadbiran berintergriti, hak asasi manusia dan politik juga hubungan antarabangsa.

“Singapura dan Eropah lebih Islamik berbanding Malaysia walaupun kita mengaku kita adalah negara Islam,” katanya pada Majlis Perasmian Rangkaian Perniagaan Raudhah Mart dan Restoran Pollo Mendi di One City, di sini, semalam.

Katanya, faktor lain yang turut diambil kira adalah sejauh mana pentadbiran sesebuah kerajaan itu mengutamakan kebajikan rakyatnya.

Katanya, Singapura berada pada kedudukan ketujuh dalam indeks itu, manakala Malaysia jauh pada kedudukan ke-33.

zuraida-speech-oren-01-300x214Sementara Amerika Syarikat dan Belanda pula berkongsi kedudukan di tangga ke-15 dan Perancis di tempat ke-17 paling mengamalkan ciri sebuah negara Islam.

Terdahulu, Profesor Hossein dalam satu temu bual dengan stesen Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) berkata, pencapaian negara yang mengaku sebagai negara Islam amat buruk dengan tiada satu pun negara yang majoritinya penganut Islam berada pada 25 tempat teratas senarai itu.

Selain itu, negara bukan Islam juga didapati lebih banyak mempraktikkan ajaran ekonomi Islam berbanding negara Islam.

“Kami perlu menegaskan bahawa kebanyakan negara yang mendakwa Islam dan digelar Islam tidak bersikap adil, rasuah dan tidak membangun. Mereka pada hakikatnya tidak ‘Islamik’ dalam semua perkara,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.