Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Jadikan UNISEL pusat pengajian Maqasid Syariah

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 9 OGOS : Kerajaan Negeri mengadakan perbincangan pendidikan bersama Institut Pengajian Tinggi, Maqasid Institute London ke arah menyumbang kepada perkembangan ilmu serantau.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata perbincangan tertumpu terhadap sebarang peluang jalinan kerjasama melibatkan IPT di Selangor.

“Menerima kunjungan hormat Dr Jasser Auda, Pengarah Eksekutif Maqasid Institute di London, bincang peluang kerjasama,” katanya di Twitter.

Rangka pertemuan turut memfokuskan insiatif menjadikan Universiti Selangor (UNISEL) sebagai institut akademik berperanan sebagai pusat pengajian Maqasid Syariah.

Dalam perkembangan sama, Dr Jasser turut menyampaikan ucaptama Maqasid Dialog, sebuah program anjuran Akademi Intelektual Muda.

CpT19bBUAAAyU9fPenganjurannya merupakan program gerak kerja bersama Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi.

Sebelum ini, Maqasid Syariah menjadi antara tunggak penting pembinaan maslahah (kebaikan) kepada umat dan mencegah kemudaratan di Selangor.

Unsur pembinaan Maqasid Syariah turut digubal bersesuaian dengan titah Ucapan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.