Categories
SELANGOR

JPSPPA sita roro haram, inisiatif bandar ‘Zero Waste’

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 7 OGOS : Usaha menjadikan Shah Alam sebagai Bandaraya ‘Zero Waste’ diteruskan menerusi pelbagai gerak kerja dan program lanjutan kesedaran kepada masyarakat setempat.

Terbaru, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) menjalankan serbuan dengan melalukan sitaan tong RORO haram di Lot Kedai Blok 3, Seksyen 16.

Serbuan dibuat selepas pihak majlis mengenal pasti wujudnya kesalahan membuang sampah tanpa kebenaran dilakukan individu tidak bertangungjawab.

Dalam serbuan itu, pihak majlis turut merampas beberapa buah tong RORO haram digunakan bagi tujuan pembuangan sampah tidak bersistematik dan mengikut ketetapan dibuat pihak majlis sebelum ini.

Sebarang proses tuntutan kembali tong berkenaan boleh dibuat secara terus dengan menhubungi JSSPPA ditalian 03-55105133, sambungan 1316/1643.

Pemilik juga boleh membuat tuntutan secara terus di tingkat 4, wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.