Categories
SELANGOR

Karnival Sihat Selangor MPAJ, galak budaya sihat masyarakat

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 4 OGOS : Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menganjurkan Program Karnival Sihat Selangor bertujuan menyemarakkan gaya hidup sihat masyarakat menerusi kegiatan sukan, pada 14 Ogos ini.

Pegawai Komunikasi Korporat MPAJ, Norhayati Ahmad, berkata program berlangsung di Kompleks Muhibbah, Taman Nirwana itu terbuka kepada masyarakat sekitar perbadaran MPAJ.

“Penganjurannya menyahut seruah Kerajaan Negeri memberikan pendidikan dan pendedahan kesihatan kepada masyarakat.

“Ia juga diharap mampu mengeratkan hubungan silaturahim di antara MPAJ, penduduk dan swasta,” katanya dalam kenyataan.

mpajBeliau berkata, penganjuran program tersebut juga selari dengan program mampan Local Agenda 21 (LA21) ke arah pelaksanaan program tanggungjawab sosial dengan kerjasama syarikat swasta.

Sebarang pertanyaan mengenai program ini, orang awam boleh terus menghubungi pihak penganjur di talian 019-383 9408 atau kepada Penolong Pegawai Penerangan MPAJ, di talian 03-428973753.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.