Categories
SELANGOR

Kayuhan Santai Jalur Gemilang MPAJ berlangsung 25 September

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 24 OGOS: Kayuhan Santai Jalur Gemilang anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di perkarangan Ampang Point, di sini, 25 September ini, dijangka menarik minat orang ramai menyertainya.

Program bermula jam 7.30 pagi bersempena bulan kemerdekaan bertujuan memupuk semangat patriotik dan nasionalisme dalam kalangan masyarakat.

Dalam kenyataan media, jurucakap MPAJ menjelaskan program dirancang diadakan pada tarikh ditetapkan itu dan tidak seperti mana dimaklumkan sebelumnya (29 September).

Pegawai Komunikasi Korporatnya, Norhayati Ahmad, berkata penganjurannya juga untuk melahirkan rasa kecintaan kepada negara dan membimbing rakyat bermotivasikan diri agar bersikap positif.

“Selain itu, ia dapat memberi ruang kepada syarikat swasta dan badan bukan kerajaan untuk menyumbang kepada komuniti melalui pendekatan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Ia turut merapatkan hubungan antara MPAJ dan masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata, program seperti itu juga dapat memperkenalkan Ampang sebagai tarikan pelancong serta mewujudkan lebih banyak program mampan bercirikan Agenda Kerajaan Tempatan 21 (LA21).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.