Categories
SELANGOR

Kejadian bakar jambatan amat dikesali, pelaku berdepan tindakan tegas

OLEH SYASYA SUFIAN

KAPAR, 25 OGOS: Sikap vandalisme pihak tidak bertanggungjawab membakar jambatan awam di Jalan Kampung Kebun Baru, Batu 5, Kapar amat dikesali.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sementa, Dr Daroyah Alwi memberi amaran keras kepada pelaku dan tindakan tegas bakal diambil sekirannya perbuatan itu berulang.

“Kita telah pun membuat laporan polis, meminta untuk menyiasat siapa inidividu atau sekumpulan yang melakukan perbuatan tidak bermoral ini agar dibawa ke muka pengadilan.

“Tindakan ini langsung tidak memberi sebarang faedah kepada orang ramai malah menyusahkan penduduk di sini kerana ini merupakan jalan utama masuk ke kampung Taman Kelana,” katanya ketika sidang media, semalam.

DAROYAHSama hadir wakil dari Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batu 4.

Daroyah berkata, kejadian vandalisme itu adalah kali ke dua setelah kejadian sama berlaku pada Ogos tahun lalu.

“Tahun lalu, sebanyak RM20,000 diluluskan untuk membaiki jabatan dan jumlah yang sama juga diluluskan untuk penambahbaikan bagi tahun ini, namun apabila kerosakan semakin besar kos meningkat kepada RM70,000,” katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri juga dalam usaha menaiktaraf jabatan tersebut kepada jabatan konkrit yang dianggarkan menelan kos sebanyak RM2 juta.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.