Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Kerajaan Negeri tak gentar samseng sampah haram

SHAH ALAM, 17 OGOS: Tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang menceroboh tanah untuk dijadikan tapak pembuangan sampah haram di Alam Impian, di sini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah, berkata Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kini dalam tindakan penguatkuasaan.

“Saya difahamkan ia diuruskan sekumpulan samseng yang menyalahgunakan tapak lapang berkenaan sebagai tempat pembuangan sampah haram. MBSA dan JPS kini dalam tindakan bagi menutup kawasan berkenaan, bahkan Kerajaan Negeri tidak gentar,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, pada 15 Ogos lalu.

eanyongPada 5 Ogos lalu, beliau bersama wakil KDEB Waste Management Sdn Bhd(KDEBWM) dan Hebat Abadi Sdn Bhd (HASB) menerjah tapak haram berkenaan.

Sebelum ini, Pemangku Pengurus Besar HASB, Muzafar Mohamed, berkata beliau menjangkakan kerja pembersihan dapat dimulakan 60 hari selepas menerima kelulusan Kerajaan Negeri.

Katanya, kawasan seluas tiga ekar dengan kapasiti 60,000 tan sampah itu menelan sekurang-kurangnya RM2 juta untuk kerja pembersihan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.