Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Kerjasama rentas sempadan, tingkat model pendidikan negeri

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PEKANBARU, 21 OGOS : Program pendidikan serantau antara Selangor dan negara luar perlu dipergiatkan ke arah model pendidikan seimbang dan berkesan.

Abbas Awang yang juga wakil pendidikan dari Selangor, berkata inisiatif sedemikian mampu mempelbagaikan fungsi pendidikan secara terbuka seiring kehendak pasaran global.

“Inisiatif ini menjadi motivasi baru kepada kita untuk melihat secara global sekali gus mampu menyesuaikan diri dalam suasana kondusif ke arah pembentukan wawasan negara cemerlang.

“Mengambil contoh apa yang dilakukan Universiti Selangor (UNISEL) ini sangat baik kerana UNISEL sendiri sudah lebih ke hadapan.

“Fitrahnya keberkesanan (kesan) positif itu akan terhasil secara berkesan bagi membentuk model pendidikan ke depan dan menyokong wawasan pendidikan negeri,” katanya.

universiti_selangor_unisel_kampus_shah_alam_3Beliau berkata demikian mengulas inisiatif UNISEL yang menjalinkan kerjasama pendidikan di Indonesia menerusi penganjuran Seminar Malay Archipelago Postgraduated Seminar (MAPS) 2016 di Universitas Lancang Kuning, Riau di sini.

Beliau hadir mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dalam rangka kerja pendidikan di Indonesia, bermula 19 hingga 21 Ogos.

Dalam perkembangan itu, penganjuran MAPS 2016 adalah sebahagian daripada inisiatif UNISEL untuk menjadi institut pendidikan milik Kerajaan Negeri terkemuka di rantau ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.