Categories
SELANGOR

KO2T kembali dengan saingan sengit

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 12 OGOS: Perlumbaan King Of 2T (KO2T) kembali menghangatkan saingan di Litar Lumba Rakyat Kuala Selangor (LLRKS) mulai esok hingga Ahad ini.

Memasuki pusingan ketiga, perlumbaan dijalankan dalam bulan kemerdekaan ini bakal menyaksikan pertempuran sengit lebih 100 pelumba dalam 10 kategori bagi merangkul gelaran juara King Of The King.

Penganjur, Wadacs Motorsports dalam kenyataannya, berkata KO2T pusingan kali ini mencatatkan pertumbuhan positif dengan sambutan pelumba yang mengambil bahagian.

“Perlumbaan ini sememangnya menggalakkan pelumba dan pasukan berpengalaman turut serta bagi berkongsi ilmu di antara pelumba juga penganjur,” katanya.

Pembangunan dan pembudayaan sukan permotoran yang sebenar sentiasa menjadi fokus utama Wadacs Motorsports dalam melaksanakan setiap acara dalam KO2T.

KO2TBagi pusingan kali ini, semangat kemerdekaan dibawa bersama dalam perjuangan dan fokus yang bakal diberikan penganjur, penaja, pelumba dan pasukan turut serta orang ramai yang bakal membanjiri tapak acara.

“Kita sememangnya mengharapkan lebih ramai peminat sukan permotoran di Malaysia mengorak langkah positif bagi merebut peluang untuk mendalami apa itu sukan permotoran melalui insiatif sebegini,” katanya.

KO2T mempertandingkan perlumbaan King Of The King sebagai acara utama serta yang lain, Uma Racing cupMix Scooter (4T & 2T), Mix 120cc, Mix All Star, Mix Sport Production, One Made Yamaha, One Made Suzuki, Mix 4T Stock, Mix 4T Pro dan Mix 2T Pro.

KO2T pusingan pertama dilangsungkan April diikuti pusingan kedua (Mei) di venue sama.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.