Categories
SELANGOR

Korea Selatan pelajari kemudahan Bas Smart Selangor

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 1 OGOS: Perkhidmatan Bas Smart Selangor bukan sahaja membuka mata Kerajaan Negeri lain untuk mencontohinya, malah turut menarik minat negara luar meninjau kemudahan disediakan secara percuma kepada rakyat negeri itu.

Exco Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana, IKS dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim, berkata hal ini dapat dilihat apabila Korea Selatan menghantar delegasi bagi meninjau kemudahan Bas Smart Selangor.

“Korea juga membuat lawatan untuk meninjau sendiri Bas Smart Selangor dan sebelum itu perkara ini juga ada dibincangkan pada lawatan delegasi Kerajaan Negeri ke Korea,” kata Chang Khim (DAP-Sungai Pinang).

CP2A8489-800x595Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor (DNS) Darul Ehsan Ke-13 di sini, hari ini.

Terdahalu, program bas percuma Kerajaan Negeri mendapat sambutan menggalakkan orang ramai ekoran kemampuannya memberi perkhidmatan dengan cekap.

Selain mementingkan ketepatan masa perjalanan, perkhidmatan itu turut menawarkan kemudahan lain seperti kemudahan untuk orang kelainan upaya (OKU) dan kemudahan wifi percuma.

Bas Smart Selangor turut menjadi perhatian Kerajaan Negeri lain apabila program seumpamanya mula dilancarkan di negeri lain.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.