Categories
SELANGOR

Kursus kekeluargaan JAIS, bantu pasangan muda ‘nikmati’ alam perkahwinan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 1 OGOS: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberi peluang kepada orang awam menyertai kursus pra perkahwinan dan kekeluargaan 27 dan 28 Ogos ini.

Kursus anjuran Pejabat Agama Islam Daerah dan Bahagian Perundangan Keluarga itu dilaksanakan bagi memberi pendedahan awal kepada bakal suami dan isteri, sebelum mendirikan rumahtangga.

Pelaksanaan program tersebut juga diwujudkan bagi memberi panduan kepada pasangan muda menikmati alam perkahwinan mengikut tuntutan syarak.

Inisiatif tersebut digerakkan sebagai usaha untuk mengurangkan permasalahan isu rumah tangga melibatkan pasangan muda di Selangor.

Kursus Pra Perkahwinan ini mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kursus ini terbuka kepada masyarakat seluruh negeri dengan mengisi borang permohonan di laman web JAIS.

Orang awam yang berminat juga boleh membuat pendaftaran terus di Tingkat 4 Menara Selatan, Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS dengan yuran pendaftaran serendah RM80 setiap seorang.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian telefon : 03-55143470 (Puan Shahadah) / 03-55143473 (Encik Nurul Hisam) / 03-55143595 (Puan Latifah/ Puan Hanum).

Sebelum ini, JAIS menetapkan setiap pasangan menduduki kursus perkhawinan dan kekeluargaan kepada individu yang ingin berkahwin di negeri ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.