Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Laluan berbasikal tarikan baru pelancongan di Sekinchan

OLEH LIZAWATI MADFA

SABAK BERNAM, 13 OGOS: Laluan basikal akan mula diperkenal di seluruh Selangor mulai 2017, kata Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim.

Beliau berkata, bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) bertaraf bandar raya dan perbandaran laluan dicadangkan ialah sejauh 15 kilometer (km), manakala laluan bagi majlis daerah pula hanya 10 km.

“Bagi kawasan lama mungkin tidak dapat mengadakan laluan baru, maka kita bercadang menggunakan laluan berkongsi selaras dengan standard antarabangsa.

skinchan ride (1)“Kita akan cat laluan basikal selebar tiga atau empat kaki, bergantung kepada keadaan,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Terdahulu, beliau ditemani Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim dan Setiausaha Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Awaluddin Zakaria meninjau perkhidmatan bas Smart Selangor.

Mereka kemudian berbasikal untuk mengenalpasti laluan sesuai untuk aktiviti riadah berbasikal di sekitar Sekinchan.

Chang Khim berkata, laluan berkenaan berupaya menarik lebih ramai pelancong dan memudahkan pergerakan serta lebih mesra alam (eco-friendly).

“Mereka boleh berbasikal untuk ke kawasan yang menyediakan pengangkutan awam termasuk bas Smart Selangor,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.