Categories
SELANGOR

Laporan SelangorPost Perumahan Desa Mentari PPR ‘hak’ negeri fitnah

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 16 OGOS : Dakwaan portal SelangorPost kononnya Perumahan Desa Mentari di bawah kawal selia Kerajaan Negeri adalah fitnah, dengan niat jahat untuk memburukkan pentadbiran negeri.

Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Halimey A Bakar, berkata perumahan Desa Mentari termaktub di bawah projek perumahan kos rendah dan bukan di bawah seliaan projek Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerajaan Negeri.

“Apa dilaporkan SelangorPost itu tidak benar kerana perumahan Desa Mentari adalah projek perumahan kos rendah yang siap dibina pada 2005.

“Desa Mentari adalah perumahan transit ditawarkan kepada penduduk yang menetap di kawasan perumahan setinggan sebelum ini, dan bukan projek PPR.

“Jadi tuduhan ini sengaja dibuat ekoran serangan berterusan dibuat Tan Sri Noh Omar terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Dalam laporan sebelum ini, media didakwa kawalan Umno itu mendakwa Kerajaan Negeri mengambil pendirian lepas tangan untuk tidak membaiki kerosakan dan penyelenggaraan perumahan tersebut.

DakwaanLaporan itu juga mendakwa, kononnya Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad ‘pejam mata’ berhubung permasalahan tersebut.

Membidas kenyataan itu, Halimey berkata, segala kos kerosakan dan penyelenggaran adalah termaktub di bawah selian pihak Badan Penguasa Bangunan (JMB).

Prihatin terhadap kebajikan penduduk, Kerajaan Negeri kini menyediakan Skim Ceria Selangorku kepada penduduk untuk membaiki kos penyelenggaraan dan kerosakan lift.

“Pihak JMB membuat pemohonan skim Ceria Selangorku daripada Kerajaan Negeri, dan penduduk juga memahami permasalahan ini dan bersedia untuk membuat proses pembayaran (tunggakan) bagi kos penyelenggaraan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.