Categories
SELANGOR

Lebih 5,000 meriahkan Petaling Jaya (PJ) Half Marathon

OLEH NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 21 OGOS: Petaling Jaya (PJ) Half Marathon 2016 melabuhkan tirai dengan menyaksikan penyertaan kira-kira 5,100 peserta pada edisi ke 28 itu.

Acara terulung itu mempertandingkan empat kategori, Larian 21km, 10km, 7km dan 3km Family Fun Run bermula jam 5 pagi.

Acara perlepasan disempurnakan oleh Timbalan Datuk Bandar, Johary Anuar yang turut menyertai larian 3km.

Buat kali kedunya, pihak penganjur memilih Laman MBPJ Seksyen 52 sebagai lokasi penganjuran.

Pemilihan itu sangat bersesuaian dengan hasrat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi membuka dimensi baru.

imageDengan bertemakan ‘Run Because You Can’, peserta akan melalui Jalan Gasing, Jalan Templer, Jalan Universiti dan Jalan Sultan.

Pihak polis mengawal aliran trafik secara berperingkat bermula jam 4 pagi.

Acara terulung itu mendapat kerjasama daripada Persatuan Olahraga PARA selangor, Puncak Ventured Sra Sdn Bhd.

Turut mendapat kerjasama daripada minuman isotonik 100 plus, Ultron, Running Lab, Soleus, Phiten dan Tropicana City Mall.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.