Categories
SELANGOR

Liga Super: Misi Selangor ke tangga tiga

SHAH ALAM, 18 OGOS : The Red Giants diyakini mampu menamatkan saingan Liga Super musim ini di tangga ketiga liga, kata Penolong Ketua Jurulatih Selangor, K Gunalan.

Mengakui misi itu cabaran buat dirinya, Gunalan yakin ia mampu dicapai sekiranya semangat ‘juara’ dapat dikembalikan dalam barisan pemain.

“Kita masih ada baki empat perlawanan dan kita perlu bersunguh-sungguh bermain sehingga penghujung musim.

“Misi kita sekarang adalah menamatkan saingan ini di tangga ketiga. Ini cabaran buat saya dan kita sedaya upaya merealisasikannya,” katanya.

Selangor kini berada di tangga keempat liga di belakang JDT dan Felda United selepas dipintas Kedah susulan keputusan seri 1-1 ketika bertemu Terengganu pada 16 Ogos lalu.

Menyorot keputusan lalu, Selangor sekadar menang 2-1 ketika bertemu PDRM pada 16 Julai sebelum gagal sebarang kemenangan pada lima aksi berturut-turut bertemu Pulau Pinang (1-1), Felda United (1-2), T-Team (0-1), Kedah (0-1).

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.