Categories
SELANGOR

Lunas cukai taksiran, MBSA buka kaunter hujung minggu

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 11 OGOS: Kaunter bayaran cukai taksiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dibuka setiap hujung minggu sepanjang Ogos.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, berkata kaunter turut dibuka pada Hari Kemerdekaan iaitu 31 Ogos ini yang jatuh pada hari Rabu.

“Pembukaan kaunter bertujuan memberi peluang dan membantu para pemilik harta di Shah Alam membuat pembayaran cukai taksiran.

“Kita mahu mempermudah urusan mereka dengan MBSA pada cuti hujung minggu dan cuti am,” katanya dalam kenyataan.

Pembayaran cukai taksiran boleh dibuat di Wisma MBSA dan Pejabat Cawangan di Sungai Buloh, Kota Kemuning dan Setia Alam.

Kaunter dibuka pada 13, 14, 20, 21, 27, 28 dan 31 Ogos bermula jam 9 pagi hingga 1 petang.

Untuk sebarang pertanyaan berhubung pembukaan kaunter tambahan ini, orang ramai boleh hubungi Kaunter Utama, MBSA di talian 03-5522 2724 atau 03-5522 2897.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.