Categories
SELANGOR

LZS bantu keluarga Sabah, tawar penempatan sementara

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 29 OGOS : Lembaga Zakat Selangor (LZS) sedia menghulurkan bantuan kewangan dan penempatan sementara kepada empat sekeluarga dari Sabah.

Ia susulan hasil maklumat orang awam yang mendapati keluarga ini datang ke Selangor untuk mencari keluarga mereka di Klang.

“Mereka mencari keluarga di sini. Zakat Selangor memberikan sedikit sumbangan kewangan dan penempatan sementara,” tulis LZS di Twitter.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut berhubung status keluarga empat beranak itu.

LZS BANTUDalam perkongsian LZS di Twitter, mereka tinggal di kaki lima dengan dua daripada sekeluarga itu adalah kanak-kanak di bawah umur dua tahun.

Catatan tersebut mendapat perhatian pengguna sosial, dan rata-rata memuji tindakan pantas LZS.

Diharapkan bantuan dihulurkan LZS mampu meringankan beban mereka sekeluarga.

-nR-