Categories
SELANGOR

LZS hulur bantuan kepada penghidap hydrocephalus

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 8 OGOS: Kisah viral kanak-kanak berusia enam tahun, Noraisya, yang menghidap penyakit hydrocephalus (penyakit kepala berair) sejak usia tujuh bulan baru-baru ini mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Menurut laman rasmi LZS, ibunya, Nasnawati Aswi terpaksa membesarkan Noraisya dan seorang lagi anaknya bersendirian selepas suami wanita itu hilang tanpa khabar berita, lebih enam bulan lalu.

13177760_10154057663286221_2914798716940162318_n“Anak sulungnya, Noraisya menghidap penyakit hydrocephalus hampir enem tahun sejak disahkan ketika berusia tujuh bulan lagi.

“Demi kelangsungan hidup, Nasnawati membuat kerja sampingan dengan memotong getah bagi menampung kos keperluan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, melihat kepada keadaan itu, LZS menghulurkan bantuan segera berjumlah RM500 serta barangan keperluan seperti lampin pakai buang dan susu serta beras untuk mereka.

Selain itu, LZS turut menghulurkan lain seperti sewa rumah, kewangan bulanan bagi meringankan beban, di samping bantuan katil bagi keselesaan Noraisya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.