Categories
SELANGOR

LZS turun padang jejak asnaf

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 15 OGOS: Sebanyak 31 rumah dibanci Pasukan Eksekutif Zakat Agihan Daerah Kuala Selangor bagi menjejaki asnaf fakir dan miskin pada 11 Ogos lalu.

Menerusi status di Facebook, Lembaga Zakat Selangor (LZS), berkata bancian turut disertai nazir masjid, ketua kampung dan penolong amil kariah.

“Program turun padang ini membolehkan kita mengenalpasti kelayakan permohonan asnaf fakir miskin dan keperluan mereka.

“Setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan siasatan ini,” kata LZS.

LZS berkata, hasil siasatan akan memutuskan sama ada pemohon layak atau sebaliknya.

“Rumah asnaf juga diziarahi untuk melihat perkembangan hidup mereka,” katanya.

Menjawab soalan orang ramai di status sama, LZS memaklumkan bantuan pembinaan rumah bergantung kepada peruntukan zakat.

“Sekarang LZS lebih mengutamakan bantuan asasi dan lebih utama seperti kewangan, makanan serta pendidikan untuk asnaf fakir dan miskin,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.