Categories
NASIONAL

Mahkamah Rayuan tolak tuntutan kerajaan terhadap BERSIH

KUALA LUMPUR 23 OGOS: Mahkamah Rayuan mengesahkan kerajaan dan polis tidak mempunyai hak memulakan tuntutan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (PPA) bagi mendapatkan ganti rugi dialami pada perhimpunan BERSIH 3.0 pada 2012, lapor Malaysiakini.

Ketika menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, panel tiga anggota menolak rayuan polis dan kerajaan terhadap anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 termasuk bekas pengerusinya Datuk Ambiga Sreenavasan.

Hakim Datuk Rohana Yusof berkata, PPA tidak boleh digunakan untuk memulakan tuntutan itu.

Dua tahun lalu Hakim Datuk John Louis O Hara memerintahkan PPA adalah mengikut perlembagaan tetapi menolak tuntutan saman oleh kerajaan.

Hakim Rohana membuat keputusan itu bersama hakim Datuk Varghese George Varughese dan Datuk Mary Lim.

Setiap seorang daripada hakim berkenaan menulis penghakiman berasingan dalam keputusan itu tetapi Rohana yang mengetuai panel membaca keputusan ringkas.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.