Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MAPS angkat tradisi Melayu Riau-Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PEKANBARU, 20 OGOS : Adat dan tradisi Melayu diangkat menerusi penganjuran Malay Archipelago Postgraduate Seminar (MAPS) 2016, di sini pagi ini.

Seminar yang diadakan di Universitas Lancang Kuning (ULK), Riau Indonesia itu menyajikan upacara pembukaan dengan persembahan tari tradisi Melayu oleh Mahasiswa Fakulti Ekonomi Universitas Lancang Kuning.

Menariknya, upacara pembukaan turut dimeriahkan dengan tradisi pemberian sireh daripada wakil ULK kepada wakil Universiti Selangor (Unisel) sebagai simbolik menyambut kedatangan tetamu.

Tradisi ini diteruskan bagi mengukuhkan adat kemelayuan serumpun yang wujud antara  Selangor dan Riau.

Penganjuran MAPS bertujuan untuk menghimpunkan budaya Melayu menerusi aspek kajian ilmiah dan akademik oleh pelajar pasca-siswazah dan penggiat industri.

IMG_0579Hasil kajian ilmiah disimpan untuk manfaat rujukan jangka panjang kepada ahli akademik dan masyarakat setempat untuk mendapat kefahaman luas berhubung aspek kemelayuan asli.

Dalam perkembangan sama, ULK dan Unisel dijangka akan memeterai memorandum pendidikan serumpun sebagai inisiatif jaringan pendidikan.

SelangorKini difahamkan, Gabenor Riau, Arshad Juliandi Rahman akan turut hadir bagi sesi pemeteraian perjanjian itu, petang ini.

Pemeteraian itu dijangka bakal memberi manfaat jangka panjang kepada kedua-dua institut pendidikan itu untuk mengukuhkan peranannya sebagai pusat kemelayuan ilmu serantau.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.