Categories
SELANGOR

Masjid Perodua RM9.8 juta di Rawang siap

RAWANG 7 OGOS: PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melaksanakan solat Jumaat pertama di Masjid Perodua yang terletak di Rawang, Selangor, pada Jumaat lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh, berkata dengan pembinaan masjid baharu itu, ia mampu menjadi sebuah pusat yang dapat memenuhi keperluan masyarakat setempat.

“Selain itu, rumah ibadat ini juga dapat memberi manfaat kepada warga Perodua untuk melakukan solat Jumaat dengan mudah dan selamat,” katanya dipetik Sinar Harian.

Masjid itu siap sepenuhnya selepas dua tahun pembinaan dengan jumlah kapasiti sebanyak 3,000 jemaah.

Pembinaan masjid itu merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Perodua, yang bertujuan untuk membina hubungan kemasyarakatan di antara masyarakat dan kakitangannya.

Masjid-1-2Masjid Perodua dibina di tanah berkeluasan 0.92 ekar, dengan keluasan masjid 3.74 ekar yang menelan belanja sebanyak RM9.8 juta bagi pembinaan dan kelengkapan.

Selain ruang solat, masjid ini juga mempunyai kemudahan lain seperti gerai jualan makanan dan ruangan untuk aktiviti kemasyarakatan.

Masjid itu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), yang seterusnya menyerahkan tugas pentadbiran kepada jawatankuasa penaja masjid Perodua, yang diketuai Pengerusi Badan Agama Islam Perodua, Noor Hashiman Sulaiman

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.