Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Mazlan ‘hero’ PPR Lembah Subang hutang sewa rumah lebih RM2OK

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM 10 OGOS – Individu yang sengaja melemparkan tohmahan terhadap Kerajaan Negeri berhubung isu pengurusan rumah kos rendah di Petaling Jaya mempunyai rekod dan tunggakan pembayaran lampau.

Hasil semakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Mazlan Md Yunos yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Lembah Subang didapati tidak menjelaskan tunggakan sewa rumah RM23,124.

Ahli Majlis, Ariffin Mahaiyuddin, berkata individu terbabit gagal melunaskan tunggakan pembayaran walaupun notis sudah dihantar.

“Kalau benar mahu buat aduan dan jadi juara, sepatutnya dia jadi contoh kepada penduduk lain. Tapi bila pihak kami buat semakan, dia pula yang paling banyak hutang.

PPR“Bayangkan dengan pembayaran RM250 sebulan, sudah berapa lama dia tidak bayar hingga tunggakannya mencecah RM24,000?” katanya ketika dihubungi SelangorKini, di sini.

Beliau berkata, sikap individu seperti itu menjadi penyebab utama MBPJ terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar menyediakan fasiliti dan penyelenggaraan terbaik kepada penduduk.

Mazlan sebelum ini tampil membuat kenyataan di media Umno, TV3 mendakwa MBPJ gagal menyediakan fasiliti terbaik yang menimbulkan masalah kepada penduduk setempat.

Katanya, Kerajaan Negeri juga gagal memainkan peranan sebaiknya sehingga memerlukan campur tangan menteri, Tan Sri Noh Omar.

Bagaimanapun, dakwaan negatif mengenai kegagalan pengurusan projek PPR Selangor sebelum ini dibidas Exco bertangungjawab, Dato’ Iskandar Abdul Samad.

Iskandar berkata, Kerajaan Negeri sudah membelanjakan jutaan ringgit untuk membaik pulih PPR demi keselesaan rakyat ekoran kediaman itu tidak terurus sejak diambil alih daripada Barisan Nasional (BN).

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.