Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Belanjawan 2017 dirangka ringan beban rakyat, pacu ekonomi

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 2 OGOS: Belanjawan Selangor 2017 dibentangkan November ini memfokuskan belanjawan meringankan beban rakyat, meningkatkan kesejahteraan dan memacu pertumbuhan ekonomi negeri.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata ia dirangka bagi mendepani cabaran dan suasana ekonomi global negara yang gawat ekoran skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Katanya, belanjawan itu nanti memerlukan usaha kolektif daripada semua pihak untuk dirangka belanjawan yang benar peduli rakyat.

“Skandal 1MDB bukan sahaja merobek maruah dan kedaulatan negara tetapi rakyat terkesan dengan kos sara hidup yang meningkat dengan GST.

IMG_20160801_112622-800x546“Hari ini, Selangor terus menjadi destinasi pelaburan dikalangan pelabur asing dan tempatan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) untuk kemukakan dasar pro perniagaan dan mesra pelabur.

“Kita juga perlu wujudkan persekitaran pelaburan kondusif termasuk mempertahankan mutu pentadbiran Kerajaan Negeri hari ini iaitu ‘moderation and justice’,” katanya dalam ucapan penggulungan Sidang Dewan Negeri.

Mohamed Azmin juga mahu Perbendaharaan Negeri dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri meneliti cadangan dikemukakan oleh ADN dan memberi maklum balas sebelum menggubal Belanjawan 2017.

“Apabila Kerajaan Negeri dengan dokongan ADN dan pihak eksekutif termasuk penjawat awam mempertahankan prinsip kesederhaan dan keadilan dalam melaksanakan dasar ini pastinya Selangor terus muncul sebagai negeri maju, makmur dan berkebajikan,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menyampaikan mesej muafakat dengan menyeru semua pihak untuk menyuburkan prinsip muafakat yang sudah terjalin sebelum ini.

Selangor-majuBeliau yakin dengan prinsip itu mewujudkan sinergi yang mampu menggarap objektif Kerajaan Negeri.

“Kita tidak mampu tewas di Selangor. Selangor tidak mampu jatuh tetapi kita perlu terus bangun dan bangkit bagi memastikan negeri ini terus menjadi penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Saya sering pertahankan muafakat terus ia terus subur kerana muafakat ia akan membawa berkat. Saya mengajak semua ADN dan penjawat awam untuk meletakkan kepimpinan di Selangor terus kepada rakyat dan mengatasi kepentingan individu dan kelompok.

“Adalah menjadi tanggjungjawab sebagai ADN memastikan mandat diberikan rakyat diterjemahkan dalam bentuk projek pembangunan dan keadilan sosial supaya semua rakyat menikmati kekayaan negeri,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.